@pishir@

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah 1432~

Posted by NadHiraHiTe at 8:00 PM
assalamualaikum semua....

7/12/2010 bersamaan dengan 1 muharram 1432...
bermulah lah buku amalan yang baru untuk kita semua... Maal Hijrah Ia adalah permulaan ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

memandangkan hari ni merupakan ayi yg mulia n penuh barakah...marilah kita bersama2 menghayati nasyid yg sering kita dengar pada awal muharram..."maal hijrah",by al - ajiba...




di bawah ni ialah liriknya...sama2 lah kte hayati erti maal hijrah yang sebenar...

Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram

Al Ajiba

Lagu Tema Maal Hijrah

lirik 1 Muharram :

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman...:)
 

ApiShiRa Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez